Thursday, March 1, 2012

Become Egyptian


"nip, ni lepas SPM, ko pegi belajar kat Segamat je. x payah nk jauh-jauh sgt. Susah nk jumpe." Cik Mah ckp terus terang.

"Segamat, biar betul???" mengeluh aku dengar.

"klau jauh2 pun same je...cik mah pun x byk duit sgt., nk belanje rumah dgn super junior pun x cukup...ni tmbah lagi yg nk g belajar u." spontan cik mah ckp.

macam nak meletup pun ada.,...errrr...tension

"bukan pe cik mah, klau boleh, kita nak yang  terbaik., klau boleh paling jauh dr rumah."terbayng kt kepale aq ttg Universiti al-Azhar.

macam  la dapat  pergi azhar ..hehe

"azhar..mesir ke????" cik mah.

Waktu itu, Mesir memang tergempar dengan masalah sauro..demonstrasi aman. Tiada ibu bapa yang tenang melepaskan anaknya ke bumi bergolak tersebut. Termasuklah Cik Mah.
Cik Mah tidak pernah nak menghalang kemana puteranya nak belajar. Tapi, mana nak cari duit yang banyak..(rm 20000 kot, bapak banyak).Cik Mah memang pening kepala fikir tentang puteranya yang terloncat-loncat nak capai apa yang dihajati.

.....................

Banyak sangat nak cerita macam mana boleh sampai bumi kinanah, tapi nak dipendekkan cerita,11 Oktober 2011, saya akhirnya jejak bumi kinanah, bumi yang padanya ada nabi Musa dan firaun. Kaki sudah tidak sabar nak dijejakkan pada tanah., menunggu ustaz yang bakal menjemput di Airport Cairo. Memang tak sabar masa tu, tapi perasaan gelojoh tu masih boleh kawal...uhmmm..memang berdebu.....cuba bayangkan...memang berdebu mesir ni.

so, datanglah ustaz indon dekat airport tu...ermmm...agak penat la menunggu ustaz ni, macam nak marah pun ada tapi teringat satu hadis ni.

Nabi s.a.w. bersabda, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." 
(HR Bukhari & Muslim).

menaiki teksi pak arab yang agak uzur terus menuju ke kawasan rumah. Deretan rumah, bangunan, kedai-kedai, jalan raya, masyarakatnya, sangat jauh bezanya dengan di negara  asal. 
Perasaan pertama, "ni ke mesir???",
Perasaan kedua, "ermm, ape aku kesah, asalkan aku dapat apa yang aku cari."

nak cerita tentang cuaca...memang panas..masa mula-mula je,..... tapi sekarang syita', iaitu musim sejuk, memang sejuk sangat. Mungkin ada yang tak biasa, of kos la, sebab cuacanya bukan macam malaysia.

Sampai dekat rumah, saya guna semua kuasa ulti untuk kemas barang yang memang banyak. Mana tak nya...kicap, kari, serbuk cili...hah...lagi satu yang buat saya macam nak menangis, kuah mee bandung boleh pulak tumpah kat jubah putih...memang berkunyitlah jubah. Sambung balik cerita kemas rumah tadi, semasa sibuk kemas katil, bilik, ruang tamu, ada sahaja yang nak menyelit.......LIPAS.
memang banyak, agaknya lipas ni sudah beranak pinak..

seminggu berlalu dan kuliah pun bermula. memang kuliah di Azhar seronok.
Bila difikirkan kembali. memang banyak buruknya, yang tidak berapa baik di Mesir, tapi bagi hamba yang Allah pilih sahaja akan mendapat seribu satu kebaikan dan kenikmatan semasa berada di Mesir. Hamba yang benar-benar tahu nilai ilmu, berbanding  unsur kemodenan yang sering melalaikan sahaja yang akan rasa keseronokan berada di mesir. 
Bila hati terpaut semata-mata pada dunia dan segala isinya, maka rugilah dia, tapi apabila hati hamba ikhlas mengharap nikmat di akhirat, maka untunglah dia.

caiyok misr,,,fighting...








No comments:

Post a Comment

CELOTEH